Pilihan Bahasa : MY   EN
logo

Selamat datang ke Portal Rasmi DOSM

Jabatan Perangkaan Malaysia ialah agensi kerajaan utama yang diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mengumpul, mentafsir dan menyebarkan statistik terkini dan masa nyata dalam pemantauan prestasi ekonomi negara dan pembangunan sosial.

Lawat Portal »

Portal MyAgricensus

Portal Banci Pertanian 2024 adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat penting mengenai Statistik Pertanian kepada masyarakat. Kandungan yang komprehensif dan interaktif dalam portal ini akan berfungsi sebagai gerbang maklumat yang menyediakan banyak maklumat dalam bentuk infografik dan visualisasi interaktif. Portal MyAgricensus juga menyediakan platform chatbot di mana pengguna boleh berkomunikasi secara langsung untuk mendapatkan maklumat statistik pertanian yang diperlukan.

Lawat Portal »

Portal Banci Ekonomi 2023

Portal Banci Ekonomi merupakan gerbang utama berkonsepkan one-stop centre bagi memudahkan pengguna, terutamanya responden banci untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan pelaksanaan Banci Ekonomi 2023. Antara kandungan portal ini ialah makumat umum Banci Ekonomi 2023, soalan lazim, soal-selidik, panduan mengisi soal selidik, penerbitan banci ekonomi terdahulu dan pautan kepada pengisian soal-selidik secara dalam talian (e-Be). Melalui portal ini, pengguna juga boleh mengakses dashboard data ekonomi (MyEase) yang meliputi data siri ekonomi yang diperoleh daripada banci dan survei ekonomi.

Lawat Portal »

Portal MyCensus 2020

Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat bancian dalam talian sedang diperkenalkan melalui Portal Banci dan aplikasi mudah alih. Untuk melengkapkan borang e-Census, poskad yang mengandungi panduan e-Census dan pautan pada Portal Banci akan dihantar ke kediaman anda. Selain itu, aplikasi mudah alih turut diperkenalkan untuk pembanci mengisi maklumat anda semasa temuduga menggunakan tablet atau telefon pintar.

Lawat Portal »

Portal StatsDW

Gudang Data Statistik (StatsDW) ialah Gudang Data Perusahaan (EDW) Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ia menyimpan data sejarah seawal tahun 1974 daripada pelbagai banci dan tinjauan yang dijalankan oleh DOSM serta data yang disusun untuk penunjuk ekonomi. StatsDW membolehkan capaian pantas dan mudah kepada data yang disimpan (cth: data siri masa) dan memudahkan capaian yang lebih luas untuk pengguna mengikut keperluan pengguna dan tahap capaian yang dibenarkan.

Lawat Portal »

Portal StatsBDA

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini bergerak ke arah Analisis Data Besar (BDA) dalam menghasilkan statistik rasmi yang lebih dipercayai dan tepat masa. Justeru, DOSM telah memulakan pelaksanaan BDA dengan projek STATSBDA yang selaras dengan Pelan Transformasi DOSM 2015-2020.

Lawat Portal »

StatsGeoportal

Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan akses kepada pelbagai maklumat geospatial yang penting dalam perancangan dan pembangunan. Selain itu, aplikasi ini dapat membantu Jabatan Perangkaan Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat secara atas talian untuk mendapatkan maklumat pemetaan Malaysia.

Lawat Portal »

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM)

Institut telah diilhamkan lebih daripada 20 tahun yang lalu. Pembangunan program latihan dalaman di Jabatan Perangkaan Malaysia telah bermula pada tahun 1987, dengan pembentukan Kumpulan Kerja Pembangunan Sumber Manusia. Pada tahun 1990, Bahagian Pembangunan Statistik telah ditubuhkan dan Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan program latihan dalaman. Berikutan daripada itu, Bahagian Latihan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan 21 kakitangan.

Lawat Portal »

Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)

ILMIA akan menjadi pusat kecemerlangan negara untuk analisis arah aliran pasaran buruh dan isu modal insan yang baru muncul yang akan menyumbang kepada perancangan modal insan yang lebih baik dan penggubalan dasar pasaran buruh yang berkesan.

Lawat Portal »

Data Interaktif Pasaran Buruh Malaysia

Bahagian ini bertanggungjawab kerana perunding pasaran buruh pakar dalam menyediakan perkhidmatan perundingan kepada pelbagai agensi nasional dan antarabangsa.

Lawat Portal »

Aplikasi Mudah Alih DOSM

Penunjuk utama mengenai Penduduk, Pengangguran, Perdagangan Luar Negeri, Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Perindustrian, Pembuatan dan Produk Dalam Negara Kasar tersedia untuk akses melalui aplikasi mudah alih ini. Data tersedia pada frekuensi yang berbeza (cth. bulanan, suku tahunan atau tahunan). Lebih terperinci mengenai data ini dipautkan ke portal.

Lawat Portal »

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Maklum Balas | Bantuan | Soalan Lazim | Arkib
Hak cipta © Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia 2022. Hak cipta terpelihara.